Belajar Bahasa Jepun Dengan Mudah
“Belajar + Faham + Ingat + Praktik = Berjaya”
Tulisan Hiragana
Categories: Asas

Seperti saya katakan sebelum ini, ada 3 jenis tulisan khusus dalam Bahasa Jepun. Siapa boleh sebut apakah 3 jenis tulisan itu? Ingat tak?

3 Jenis tulisan yang dimaksudkan ialah HIRAGANA, KATAKANA dan KANJI. Dalam pelajaran yang lepas, saya telah terangkan serba sedikit tentang Tulisan KANJI.

Kali ini pula, saya akan terangkan mengenai Tulisan HIRAGANA pula. So, anda sudah bersedia menerima pelajaran hari ini? Baiklah kita mulakan sekarang.

Huruf HIRAGANA adalah sebenarnya berasal atau diambil dari Tulisan Kanji. Oleh sebab tulisan kanji adalah complicated dan susah, orang-orang dulu Jepun telah mengubah tulisan kanji menjadi HIRAGANA. Jadi, huruf hiragana telah dihasilkan dengan mengambil sebahagian daripada bentuk yang ada pada tulisan kanji.

Contohnya, tulisan hiragana bagi “A” adalah seperti berikut ;

a

Sebenarnya tulisan hiragana ini asalnya direka dari tulisan kanji seperti di bawah ini ;

安

Lagi satu contoh, tulisan hiragana bagi “kei” pula adalah seperti berikut;

ke

Tulisan ini sebenarnya direka dari tulisan kanji seperti di bawah;

ke

Mengikut sejarahnya, pada asalnya tulisan Hiragana ini telah digunakan oleh golongan wanita sahaja. Tetapi lama kelamaan, disebabkan ianya lebih mudah digunakan berbanding kanji, maka penggunaan tulisan hiragana telah diperluaskan kepada semua penduduk di jepun ketika itu. Sehinggalah sekarang, tulisan hiragana ini digunakan secara meluas di dalam struktur ayat dalam bahasa Jepun.

Tulisan hiragana ini adalah hanya menunjukkan sebutan dan ejaan sesuatu perkataan. Ia tidak seperti kanji yang mewakili makna tulisan itu. Jadi, kalau kita tahu membaca hiragana sekalipun, belum tentu kita tahu atau faham makna perkataan yang kita baca. Sebaliknya kanji, kalau kita tidak tahu sebutan tulisan kanji itu sekalipun, tetapi kita sudah boleh mengetahui maknanya kerana tulisan kanji adalah berdasarkan simbol.

Pada dasarnya, tulisan hiragana digunakan untuk menulis kata hubung, kata ganti nama, partikel dan kata keterangan dalam ayat-ayat bahasa Jepun.

Senarai asal usul tulisan-tulisan hiragana  (yang ditiru dari tulisan kanji) adalah seperti di bawah;

table-hiragana-kanji

Disebelah kiri adalah tulisan hiragana. Disebelah kanan pula ialah tulisan kanji (menggunakan simbol) . Cuba bandingkan bentuk tulisan hiragana dengan tulisan kanji (seperti jadual di atas). Nampak tak perbezaannya ?

1 Comment to “Tulisan Hiragana”

  1. faisal says:

    kenapa cekgu tak menampilkan kosakata dalam blog cekgu agar kitorang boleh menghapalnya,,,,?!!!!

Leave a Reply