Belajar Bahasa Jepun Dengan Mudah
“Belajar + Faham + Ingat + Praktik = Berjaya”
Tulisan Kanji
Categories: Asas

Seperti yang dikatakan sebelum ini. Bahasa Jepun menggunakan 3 jenis tulisan iaitu HIRAGANA, KATAKANA dan KANJI.

Tulisan KANJI adalah tulisan berdasarkan simbol. Satu tulisan mewakili 1 simbol yang menerangkan 1 makna.

Contoh paling mudah :

Kanji 'hito'

Dalam Bahasa Jepun, ada banyak sekali tulisan kanji yang digunakan. Jadi, untuk mahir dalam Bahasa Jepun, kita kena banyak menghafal tulisan-tulisan kanji seperti ini.

Dulu sebelum saya pergi ke Jepun untuk menyambung pelajaran, saya berjaya menghafal kira-kira 2000 jenis kanji. Haa, siapa dapat hafal lebih kurang 2000 kanji, maka bolehlah baca surat khabar Jepun tanpa ada sebarang masalah. :)

Nota

Sebenarnya tulisan kanji dalam Bahasa Jepun ini berasal dari tulisan Cina. Dulunya, Jepun tiada tulisannya sendiri. Dikatakan sami-sami Buddha lah yang memperkenalkan tulisan kanji ini menjadi tulisan Jepun. Jadi, banyak tulisan kanji dalam Bahasa Jepun mempunyai maksud yang sama denganĀ  tulisan yang dalam Bahasa Cina. Yang berbeza cuma cara sebutannya sahaja.

Contohnya tulisan di atas, kalau bahasa Jepun ianya disebut sebagai “HITO“. Tetapi dalam bahasa Cina, ianya disebut “REN“. Sungguhpun kedua-dua sebutan ini berbeza iaitu ‘hito’ (dalam bahasa Jepun) dan ‘ren’(dalam bahasa Cina), tetapi ianya membawa maksud yang sama iaitu “ORANG“.

Categories: Asas - Tags: , ,

4 Comments to “Tulisan Kanji”

  1. akmal says:

    obacan dan nakimzir

  2. Madihah Samli says:

    ahhhh~
    soudesuka

    boleh tak bagi contoh perkataan yang associate dengan perkataan ini

  3. fareha says:

    arigatoo~

    ada tak nk belajar dengan gambar skali??

  4. iQky says:

    wakarimasita…

Leave a Reply