Belajar Bahasa Jepun Dengan Mudah
“Belajar + Faham + Ingat + Praktik = Berjaya”
Kenapa perlu belajar Bahasa Jepun?
Categories: bahasa jepun

Ada orang tanya saya. Kenapa nak belajar Bahasa Jepun? Apa bagusnya Bahasa Jepun tu?

Ini jawapan saya. Pada saya, belajar Bahasa Jepun memang banyak kelebihannya.

  1. Kita jadi lebih spesial, unik dan menonjol jika nak dibandingkan dengan orang yang tak tau bahasa Jepun.
  2. Senang dapat kerja (terutamanya kalau nak kerja dengan syarikat Jepun).
  3. Kalau kerja kat syarikat Jepun, kita lebih mudah dipercayai oleh boss. Dan apabila boss kita dah percaya pada kita, kita akan mudah naik pangkat. Ini pengalaman saya. Saya dinaikkan pangkat ke jawatan yang agak tinggi dalam syarikat hanya dalam masa 1 tahun. Biasanya untuk jawatan itu, ia hanya boleh dipegang setelah seseorang itu berkhidmat setidak-tidaknya 3 tahun. Tapi saya, setahun dah boleh dapat pangkat tu. Ini semua kerana kemahiran Bahasa Jepun yang saya miliki.
  4. Boleh dapat ilmu dan banyak info berguna dari laman-laman web Bahasa Jepun.
  5. Boleh layan drama Jepun dan baca komik (anime) Jepun dengan lebih seronok tanpa perlu membaca terjemahannya.
  6. Boleh mengorat awek Jepun yang gebu2 dan comel2 belaka tu :) hehehe
Awek Jepun yang comel dan kiut miut...huhu

Awek Jepun yang comel dan kiut miut...huhu

Tengok, 2 orang awek jepun sekaligus saya mengorat...muahahaha

Tengok, 2 orang awek jepun sekaligus saya mengorat...muahahaha

Haaa, begitulah sedikit sebanyak faedah dan kelebihan yang dapat saya nyatakan. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi malas dah nak menulis. So, cukup sekadar itu.

Yang pasti, belajar bahasa asing memang akan menguntungkan anda.

Sekarang, tepuk dada tanyalah diri. Bersediakan anda untuk belajar Bahasa Jepun dengan saya?

11 Comments to “Kenapa perlu belajar Bahasa Jepun?”

  1. serina says:

    Belajar bahasa ni bagus satu kelebihan jika tahu berbahasa selain dari Bahasa ibunda. Secara tak langsung kita boleh faham adat resam bahasa bangsa tu sendiri. Bukan nak ngorat aweks je….yang penting ilmu lah.

  2. zool says:

    Aku yang no 5 tu… harap2 dapat belajar dgn baik..
    AMIN

  3. admin says:

    insyaAllah,
    orang arab kata…
    “Manjadda wajada….”
    “Siapa berusaha dia berjaya…”

    So berusahalah…insyaAllah pasti ada hasilnya.

  4. kamen rider says:

    saya dh brsedia….
    klu dh campin ckp jpun, saya nak p jumpa kamen rider, momusu, c-ute, berryz kobo dll…..hahaha…
    x sbr rsanya mnanti saat itu……

  5. sailormoon says:

    Saya pn dah sedia!!! henshin! hahaha…

  6. Huda Engku says:

    language is d bridge of communication, so mudah nk communicate kalau kita tahu at least basic things of any language..

  7. Akmanizam says:

    Hajimemashite,
    Wata shi wa Akmanizam des..

    GAMBARIMASHOO!!!

  8. nadim says:

    Sensei, mcm mane nak start? where to start?

  9. amirullah says:

    anugara japanese watanokub
    sje je tulis takde maksud pun

  10. lolipop69 says:

    kta perlu blajar supaya senang dapat kerja nanti

  11. zureen says:

    betul betul betul,saya sokong no 1,2,3 yg lain tu kira x-tra lah….

Leave a Reply