Belajar Bahasa Jepun Dengan Mudah
“Belajar + Faham + Ingat + Praktik = Berjaya”
Jom belajar Bahasa Jepun dengan saya!
Categories: Berita

Bismillahirrohmaanirrohiim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. 08 Julai 2009 (Khamis), maka dengan ini, saya buka laman blog ‘Bahasa Jepun Dot Info’ ini dengan rasminya.

Saya mengajak anda semua untuk belajar Bahasa Jepun dengan saya melalui blog ini. Saya akan cuba mengajar dengan cara yang paling mudah. Dan saya juga akan cuba untuk pastikan, pengajaran yang saya berikan sentiasa menarik dan tidak membosankan.

Saya sangat berharap agar anda semua dapat sedikit sebanyak manfaat dari ilmu yang akan saya kongsikan di sini.

Motto blog ini ialah ;

“Saya BELAJAR, Saya FAHAM, Saya INGAT & Saya PRAKTIK!”

Sama-sama lah kita memeriahkan blog ini. :)

Sekian,
Syukri Sensei

Mengajar Bahasa Jepun ialah hobi saya...

Mengajar Bahasa Jepun ialah hobi saya...

**Nota**
Sensei = Cikgu
Syukri Sensei = Cikgu Syukri

Categories: Berita - Tags: , , ,

55 Comments to “Jom belajar Bahasa Jepun dengan saya!”

  1. admin says:

    dooitashimashite…

  2. akmal harith says:

    hajimemashite syukri sensei… kelas ada di mana?? tidak blehkah buat tusyen online.. saya ni duduk di asrama…. kelas bermula bila??? mcm mana nak selesaikan masalah saya ini, sensei??

  3. zureen says:

    hajimemashite syukri sensei…bila nak mula kelas ni,saya dah tak sabar nak belajar ni…klu blh nak cepat pandai sbb senang nak berkomunikasi dgn staff2 jepun kat tempat keje,saya pernah perkenalkan diri dlm bahasa jepun kat salah seorang staff,dia sgt gembira and say me very good…

  4. zureen says:

    konichiwa syukri sensei….saya minat sangat nak belajar bahasa jepun…sila beri tunjuk ajar….

  5. zureen says:

    konichiwa syukri sensei,blh bg perkataan2 asas bahasa jepun kat email saya?harap2 tak keberatan,tq

Leave a Reply